Fail:Intel 8086.jpg8086 adalah satu cip
mikropemproses 16-
bit yang direkabentuk oleh
Intel pada
1978, yang memberi kenaikan kepada senibina
x86.
Intel 8088 (yang dikeluarkan tidak lama selepas 8086) pada asasnya adalah cip yang sama tetapi berbeza dengan ciri
data bas luaran 8-bitnya yang membenarkan penggunaan chipset yang murah. 8088 dikenali dan popular kerana digunakan sebagai pemproses dalam
PC IBM yang asal.Rekabentuk kedua-dua pemproses adalah berdasarkan rekabentuk
8080 and
8085 dengan penggunaan set daftar (register) yang sama (8086 dan 8088 merupakan
bahasa himpunan yang mempunyai
keserasian sumber dengan 8080), tetapi ciri-cirinya kemudian diperkembangkan untuk menyokong proses yang menggunakan 16-bit. Unit antara muka bas memberi strim arahan kepada Unit Pelakuan (Execution Unit) melalui baris gilir (queue) pra-ambilan (prefetch) 6 Bait, maka masa ambilan (fetch) dan pelakuan adalah serentak ; satu bentuk primitif bagi
penalian paip (arahan 8086 berbeza dari 1 hingga 4 Bait).Jenis bas:8086 menampilkan empat
daftar 16-bit yang lazim serta berkemungkinan juga mampu diakses sebagai daftar 8-bit, dan empat 16-bit daftar indeks (termasuklah
penunjuk tindan). Daftar data sering digunakan sepenuhnya dalam arahan bagi tujuan perumitan peruntukan data untuk nilai-nilai yang sementara. Ia mempunyai port 64K 8-bit I/O (atau 32K 16-bit) dan sampukan bervektor tetap. Kebanyakan arahan hanya mampu mengakses satu lokasi memori, maka, satu-satu kendalian (operand) seharusnya adalah sejenis daftar. Hasil perlaksanaan arahan akan disimpan dalam mana-mana kendalian yang berkenaan.Pendaftar
segmen membolehkan
CPU mencapai satu
megabait + 64KB –16 bait ingatan pada keadaan biasa. 8086 bukan sahaja memberikan bait yang hilang seperti dalam kebanyakan pemproses segmen, malah menganjakkan pendaftar segmen 4 bit ke kiri dan ditambahkan kepada alamat. Hasilnya, segmen bertindan dan memberikan rekabentuk yang kurang baik. Walaupun keadaan ini masih boleh diterima secara meluas (masih berguna) untuk
bahasa himpunan, di mana kawalan segmen adalah secara penuh, ia telah mengakibatkan kekeliruan dalam bahasa yang menggunakan penunjuk yang berat(seperti
C). Ia membuatkan perwakilan efisien bagi penunjuk yang susah, dan membolehkan kewujudan lebih daripada 4096 penunjuk dengan nilai yang berlainan menuju ke lokasi yang sama. Lebih buruk lagi, skema ini telah membuatkan pengembangan ruang alamat lebih daripada satu megabait + 64KB –16 bait susah. Ia dikembangkan dengan menukar skema pengalamatan dalam
80286.Pemproses berjalan pada kelajuan jam di antara 4.77 (seperti dalam versi 8088 yang digunakan dalam PC IBM yang asal) dan 10 MHz.Masa pelaksanaan biasa dalam kitaran (anggaran):EA : masa untuk mengira alamat efektif, pada kitaran 5 hingga 128086 tidak mengandungi sebarang arahan
titik apungan, tetapi boleh disambungkan kepada kopemproses matematik untuk menambahkan kemampuan ini.
Intel 8087 adalah versi piawai dan digunakan sebagai Ko-pemproses Matematik beroperasi dalam 80 bit nombor, tetapi pengeluar yang lebih menyukai Weitek telah menawarkan alternatif dengan prestasi yang lebih tinggi. 8086 telah diklonkan oleh pemproses
NEC V20, V25 dan V30.